Thursday 1 November 2018

Biodata

Saya Marosidah Binti Mior Ismail, berumur 37 tahun pada tahun 2018 ini dan berasal dari Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Besi. Memulakan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur di Kepong, Kuala Lumpur dan kemudiannya di Maktab Rendah Sains MARA Jasin (sekarang di panggil MRSM Tun Ghafar Baba) di negeri Melaka.

Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Tulen). 

Pengalaman bekerja saya adalah di sebuah kilang pembuatan besi berkapasiti mega di negeri Selangor. Saya memegang jawatan sebagai Eksekutif - Kimia selama lebih kurang 6 tahun 5 bulan. Pelbagai pengalaman berharga yang saya perolehi di sana pada masa itu sebagai seorang eksekutif muda. 

Di kilang tersebut saya ditugaskan untuk menjaga satu jabatan sokongan iaitu makmal kimia yang beroperasi bagi menyokong pengeluaran besi terawat dari kilang tersebut. Dua buah bilik makmal telah ditugaskan kepada saya dengan waktu operasinya adalah selama 24 jam sehari. 

Jawatan terakhir saya di sana adalah Eksekutif Senior - Kimia. 

No comments:

Post a Comment