Friday 2 November 2018

5.2 Rutin, Bosan Atau Seronok?

Bagi seorang eksekutif yang mempunyai staf untuk diselia, anda akan menghabiskan lebih kurang 70 peratus masa bekerja anda dengan mengawalselia staf.

Setiap hari kerisauan yang sama berkenaan staf yang akan berlegar pada diri anda.

Apa yang staf saya buat hari ini?
Adakah staf saya melakukan tugasan khas yang diberikan pada hari ini?
Adakah mereka melakukannya seperti yang dikehendaki?

Soalan yang sama setiap hari. Rutin yang sama setiap hari.

Begitu juga dengan saya suatu ketika dahulu. Perkara pertama yang saya lakukan sebaik sahaja masuk waktu kerja adalah membaca laporan harian di Buku Penyelia serta memeriksa dan menganalisa keputusan ujian malam sebelumnya.

Apakah keputusan ujian malam tadi?
Adakah keputusan ujian malam tadi normal atau pelik?
Adakah mereka melakukan tugasan khas yang saya berikan jika ada?

Ia satu rutin.
Namun bagi saya ia satu rutin yang menyeronokkan.

Membosankan atau menyeronokkan, segalanya bermula di MINDA anda.

No comments:

Post a Comment