Thursday 1 November 2018

3.1 Mendorong Perlukan Kesabaran

Staf umpama anak didik kita.

Walaupun mungkin ada staf yang lebih berumur dari kita, anggaplah juga mereka ini anak didik kita. Anak yang perlu dijaga keperluannya.

Bagi mereka yang sudah mempunyai anak pasti tahu bagaimana payahnya mendidik seorang anak. Bagi yang tiada anak pula, pastinya dapat membayangkan bagaimana untuk menyuruh seseorang itu untuk mengikut arahan kita.

Mengurus manusia itu memang payah, mendorong manusia itu memang tidak mudah, dan kerana itulah jiwa seorang eksekutif juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Ya, saya tahu ianya tidak mudah. Saya pun perlukan masa bertahun-tahun untuk betul-betul mengumpul kesabaran yang tinggi untuk menghadapi karenah staf ini. Apa yang saya boleh katakan juga, kesabaran memerlukan latihan. Berlatihlah untuk bersabar.

Berlatih untuk bersabar dengan karenah staf, dan bersabar juga semasa proses mendorong dan mendidik staf.

Di samping itu, anda perlu juga sentiasa mencari ilmu dan skil untuk menghadapi karenah-karenah staf ini. Memang macam-macam karenah, macam-macam perangai. Sabar sahaja tidak menyelesaikan masalah, perlukan tindakan untuk mengatasinya.

Cuma apa yang saya hendak tekankan di sini adalah kesabaran adalah salah satu ciri penting dalam proses mendorong dan mendidik staf. InsyaAllah, anda akan nampak hasilnya nanti.



No comments:

Post a Comment