Friday 2 November 2018

5.6 Personaliti Si 'Dia'

Bekerja dengan gembira pada saya bukan datang dari diri sendiri sahaja, ianya datang dari pelbagai segi, termasuklah dari orang sekeliling anda. 

Selalu tak terbaca di mana-mana buku motivasi mengenai alam pekerjaan bahawa pentingnya mengenali personaliti anda supaya kerjaya anda lebih berjaya?

Misalannya anda haruslah bercakap dengan intonasi yang sesuai, menyerlahkan personaliti sebagai seorang ketua, dan juga perlu bersikap tenang dan rasional apabila menghadapi konflik dengan bos mahupun staf.

Namun jarang sekali anda diminta menganalisa personaliti orang di sekeliling anda dalam pada anda bekerja dengan mereka.

Saya pun tidak menyedari tentang topik ini sehinggalah saya menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh kilang saya bekerja itu. Antara intipati penting dalam kursus tersebut adalah mereka mengajar saya untuk mengenalpasti kategori-kategori personaliti orang di sekeliling saya di tempat kerja saya, contohnya bos saya, rakan sekerja saya, staf saya, dan seterusnya bagaimana cara menghadapinya. Tak silap saya ada 4 kategori yang disenaraikan.

Antara contoh yang diajarkan di dalam kursus itu juga, jika bos kita seorang yang panas baran, bagaimana untuk menghadapinya. Jika staf pula seorang yang panas baran, bagaimana pula menghadapinya. Selalunya mungkin anda akan marah balik kepada staf berikut, iyalah, dia orang bawahan anda, berani pula dia bersikap sebegitu.

Pada saya kursus ini sangat menarik kerana ia membentangkan mengenai personaliti orang lain, bukannya hanya tertumpu kepada personaliti kita sahaja. Jika anda menemui kursus yang sebegini, saya sarankan anda untuk menyertainya. Ia bukan sahaja boleh digunakan di tempat kerja sahaja malah boleh juga digunakan dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment