Thursday 1 November 2018

4.1 Kerja Itu Ibadah

Stres di tempat kerja. Sakit hati dengan staf. Sakit hati dengan bos. Sakit hati dengan rakan kerja dari jabatan lain.

Itu semua lumrah, lumrah alam pekerjaan.

Saya pasti semua orang yang pernah bekerja akan mengalaminya.

Ya, saya pun pernah mengalaminya. Kadang terasa mahu sahaja menghantar surat berhenti kerja pada masa itu juga.

Namun itu semua dunia, dunia yang melalaikan.

Jika anda mengganggap kerja yang anda sedang lakukan itu bukan terhenti di dunia sahaja, jiwa anda akan lebih tenang, langkah anda akan lebih rasional.

Kerja adalah ibadah, bekerjalah kerana Allah, bukan kerana untuk memuaskan hati manusia. Kerana manusia itu tidak pernah puas.



No comments:

Post a Comment