Thursday 1 November 2018

2.1 Staf Bermasalah Ada Di Mana-Mana

Bagi eksekutif yang ketika ini sedang menghadapi masalah dengan staf tentu sedang merasa sanat putus asa dan mahu sahaja menghantar surat berhenti kerja pada ketika ini juga.

Iya, saya memahaminya.

Ketahuilah anda bahawa staf bermasalah memang ada di mana-mana. Selagi namanya manusia pasti akan ada masalah. Jika anda bekerja di tempat lain juga, kebanyakannya masalah yang lebih kurang sama juga yang akan timbul. Cuma ianya sama ada staf anda melakukan kesalahan yang ringan ataupun yang berat.

Tidak dinafikan bahawa memang terdapat staf yang sangat bagus dan tiada masalah namun bilangannya sangatlah kecil. Memang sangat bertuahlah bagi mana-mana eksekutif yang mendapat staf sebegini, orang kata apa, bagai bulan jatuh ke riba.

Sejujurnya polisi dan persekitaran tempat bekerja juga memainkan peranan. Ia sememangnya sangat membantu anda untuk menghadapi staf-staf yang bermasalah ini. Jadi pertukaran tempat kerja adalah sesuatu yang boleh anda pertimbangkan apabila menghadapi staf yang sangat bermasalah.

Namun pada saya bagaimana anda menguruskan staf anda setiap hari lebih mempengaruhi.

Ini kerana andalah orang hadapan yang berjumpa dengan mereka setiap hari bekerja. Kajian yang dilakukan oleh Jobstreet Malaysia pada tahun 2012 memberitahu bahawa antara sebab staf berhenti kerja adalah kerana bos terdekat mereka.

Bos terdekat di sini antaranya adalah anda, eksekutif yang menyelia staf secara terus. Eksekutif di mana staf melaporkan diri dan menerima arahan setiap hari bekerja.

Jika anda sendiri yang tidak mengambil inisiatif untuk menjadikan staf anda kurang bermasalah, saya rasa andalah yang bermasalah.

https://www.jobstreet.com.my/aboutus/malaysians-are-not-happy-at-work.htm

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/07/11/why-employees-quit/

No comments:

Post a Comment